TAUBAT PEMBERSIH KALBU
Ibnu Atha’illah al-Sakandari
“Bahjat an-Nufus“

Bertaubatlah kepada Allah setiap waktu, kerana hal itu dianjurkan dan diperintahkan oleh-Nya. Allah SWT berfirman:
“Bertaubatlah kalian semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kalian beruntung.” (Quran, 24 : 31)
PADA era serba cergas ini, kehidupan di bandar megapolitan khasnya yang
segalanya mesti dilakukan dengan pantas dan tepat sehingga jiwa, hati
serta badan manusia memerlukan sesuatu yang sesuai untuk
menyeimbangkannya. Oleh itu, orang bandar terpaksa mencari jalan
penyelesaian dengan pelbagai cara untuk mendapatkan keseimbangan diri
termasuk beriadah secara fizikal atau spiritual atau kedua-duanya.